Photobucket
Belenggu;
Belenggu


Dia dibelenggu kesusahan;
Kerana dibelenggu kesusahan, dia dibelenggu kesedihan.
Akhir-akhir ini, hidupnya tidak pernah aman;
Ada sahaja masalah yang hinggap di benak fikiran.


Pada zahirnya, dia kelihatan seperti biasa;
Pada batinnya, tiada siapa yang dapat menjangka.
Belenggu ini kian membara;
Hingga terhirislah hati, mengundang duka yang lara.


Sekian lama menahan sebak;
Tiada siapa yang dapat mengagak.
Hanya cebisan-cebisan coretannya di dalam kotak;
Tersimpan beberapa rahsia yang tiada siapa akan tahu pada masa kelak.


Hari demi hari;
Semakin berat terasa di hati.
Dia hanya mampu berserah pada Illahi;
Semoga diterangkan hati untuk menempuhi dugaan ini.


NurSyafinahZainal
12 September 2009
2316h